Ramadhan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua. Ketibaannya memang ditunggu oleh umat Islam kerana Ramadhan merupakan bulan yang penuh ketenangan dan keharmonian. Justeru, Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah SMKTP, Persatuan Agama Islam SMKTP dan Persatuan Bahasa Arab SMKTP telah mengaturkan beberapa program kepada warga SMKTP dalam menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat di samping membentuk personaliti bertaqwa dan berakhlak.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:
- Tadarus Al-Quran
- Majlis Khatam Al-Quran
- Kempen "Jom Sedekah"
- Pertandingan menulis khat, khutbah, hafazan, kuiz, mendeklamasikan sajak, menulis esei dalam jawi dan mencipta video pendek berunsur Islamik. (Syarat-Syarat Pertandingan)
Diharapkan para pelajar khususnya, dapat mengambil peluang dan kesempatan ini, untuk menyertai aktiviti yang akan dijalankan dalam mendapat manfaat sekaligus merealisasikan objektif dan matlamat program.

